Wednesday, December 15, 2010

Harapan Hitam Putih

At last...

Perasaan adalah sesuatu yang sangat abstrak. Satu hari kau suka, hari lain kau mungkin benci. Itu normal. Itu Manusia. Kita tak dapat lari dari kenyataan bahawa perasaan itu berubah, mengikut rentak yang kita mainkan. Tapi semua itu dipupuk. Pernah fikir tak logik yang kita pernah, sedang dan akan suka pada seseorang yang kita tak kenal? Total strangers. Sebab itu aku cakap perasaan itu dipupuk. Dan ia akan sentiasa berubah mengikut masa. Masa akan menentukan segalanya. Masa juga yang akan menentukan kau dan dia dapat bersama. Walaupun sekejap. 

Tapi apa perasaan kau bila kau terlalu mengharap. Dan kau rasa kau diberi harapan untuk mengharap.
Hope is for losers -Ez-. Mungkin betul, mungkin tidak. Harapan itu tak pernah konkrit, ianya abstrak. Bila kau pernah, sedang atau perlukan harapan, kau dah letakkan diri kau dalam bahaya. Kau dalam dilema untuk bangun atau jatuh tanpa kau sedari. 

Bagi aku, harapan ada dua keputusan. Hanya hitam atau putih. Tiada kelabu. Sebab jawapan terakhir itu yang bakal kau hadapi seumur hidup kau, suka atau tidak. Yang kelabu hanyalah rangka masa untuk menunggu jawapan terakhir. Jawapannya tetap hitam atau putih. 

Setiap hubungan memerlukan dua tindak balas. Antara yang memberi harapan atau yang mengharap. Itu hukumnya. 

Kalau kau seorang yang memberi harapan, kau dah bawa seribu satu tanggungjawab untuk kau pikul. Kau mungkin membuatkan seseorang itu bahagia, atau derita. Itu pasti. Sebab itu kau bertanggungjawab. Kau bertanggungjawab atas jawapan yang bakal kau berikan. Suka atau tidak, kau harus pilih hitam atau putih. Tapi aku yakin, itu semua perasaan. Perasaan berubah dan diubah. Suka atau tidak kau tentukan. 

Sebagai manusia yang bertanggungjawab untuk memikul tanggungjawab, kau mesti buat pilihan. Untuk memberi atau untuk tidak memberi harapan.

Pada yang menaruh harapan, cukup-cukuplah Terima kenyataan. Duduk dalam fasa kelabu sangat membosankan. Buang masa. Buang tenaga. Buang air mata. Jangan jadik pungguk rindukan bulan. Bulan takkan jatuh ke riba. Berharap la dekat orang yang mengharap. Tak salah kau mengharap, tapi jangan sampai harapan kau buat kau pening kepala. Sebab akhirnya, kau mampu jadi gila. Semua tu, kau yang tentukan. Kalau dah dapat warna hitam atau putih, cepat-cepat move on. Jangan teriak nak duduk dalam fasa kelabu jugak. Kalau tak, sampai mati kau macam tu. Tak ada perubahan.

Aku tak suka bagi harapan. Aku bukan cupid yang turun dari langit nak bagi siapa-siapa harapan. Aku tak bawak crystal Bow and Arrow untuk aku tembak dekat hati kau. Aku pun same macam kau. Aku pun kadang2 mengharap. Pernah jugak duduk dalam fasa kelabu lama-lama. Pernah jumpa hitam putih. Sebab tu aku tekan-tekan keyboard ni sampai jadik satu karangan yang aku nak kau semua baca. Aku nak kau sedar diri, bangun dari mimpi. Tak elok tidur lama-lama. Tak elok mimpi lama-lama. Takut nanti mimpi dalam tidur tu melarat. Pergi cuci muka sane. Tengok cermin. Bukak mulut. Cakap dekat diri sendiri ayat ni "hidup ni bukan setakat bagi harapan dan mengharap aje, banyak lagi benda boleh fikir dan buat. Jangan jadik bodoh sampai kau lemas dalam fasa kelabu kau tu. Bukak mata luas-luas"

-Riwayat Al Kambing Biru-

23 comments:

Anisa Hang Tuah said...

harapan itu senjata yg paling merbahaya

i'msosupernotcool said...

ok. ini post terbaik.
ter'baik'.

yeah, anon tu betol.
hope is for a loser.

tapi come on,
being a loser, what do u expect?
a miracle?
u gotta be kidding.

its hope that keep the loser alive.

RastaMat said...

thumbs up!!!

Pa'tam said...

kikiki. dah mcm blog afiqsidartha dia punya puitis

plumpy.tootsie said...

jgn beri harapan kalau taknak letak seseroang dlm fasa kelabu tu.

itu namanya memainkan perasaan.

platipus said...

when the world says "give up", HOPE whispers "try it one more time"..

Yatre Hayati said...

I dont understand this entry. I used to read a manglish entry. :P

keough said...

....................

eszol said...

Pada yang menaruh harapan, cukup-cukuplah Terima kenyataan. Duduk dalam fasa kelabu sangat membosankan. Buang masa. Buang tenaga. Buang air mata. Jangan jadik pungguk rindukan bulan. Bulan takkan jatuh ke riba. Berharap la dekat orang yang mengharap. Tak salah kau mengharap, tapi jangan sampai harapan kau buat kau pening kepala. Sebab akhirnya, kau mampu jadi gila.

sgt rhyme

Yayaa said...

gua nk copy boleh? nnti gua credit kt lu. kahkah. nice one.

eiffel said...

hitam atau putih...itulah pilihan yg kita ada..yg akan menbentuk kita pada masa akn dtg..wlaupon terkadang ia sprti tidak memberi kesan..namun, impak nyer tetap ada...banyak atau sikit..kecik atau besar...

nadjat said...

aku pon baru je lepas dalam phase kelabu.payah.sebab die suka kat aku,aku suka kat die.tp die dah ada awek.yang die takleh let go.lol.thus the harapan faded.

.::WaNiE::. said...

to whom u wrote this entry for?

definitely different from your other entries but well..

not everything we can predict kan. hope everything are ok.

LadyRye said...

kalau loyer saja dan dan ada hitam dan putih kan? boring sungguh!

tapi sayang u are my cupid

serious

tengok muka ketat aku :/

serious neh! isk!

Alynn Notnot said...

daym. hahaha i've been thru fasa kelabu, but not for long. decided to move on, sbb i dont like hoping or waiting for something uncertain. it makes me sick.

Cob Nobbler said...

Hellioz - "hope is for the losers" tu quote Ez.marah nanti dia kalau lu tak mention nama dia kahkahkah!

tia said...

klu lu slh sorang yang memberi harapan, lu sanggup bg kata2 hitam yg mampu sakitkan hati dia wlu pon lu tau lu mungkin ada future dgn dia ?

klu lu slh sorang yg still menaruh harapan, then what will you do ? masih duduk dlm fasa kelabu ?


apesal wat entri cenggini ? speechless gua. seesh!

maCy said...

BNCI KAU HELLY. CAYA TAK

Hellioz said...

@yaya
sila lah

@wanie
for me myself and i
and semua orang

@tia
bace ayat first last paragraph.

@macy
as you please...

Anonymous said...

really an eye opener for me.

- Robson

zmm1007 said...

IMO
just follow the flow and sometimes you have to be a risk- taker for certain cases.
analogy,
a pinch of salt on top of the cherry pie, we may predict it ruins the taste eventually it tastes delicious.
this word " try " and " effort ", it means something indeed.

shasha said...

wowowo..hellioz tulis macam ni..
nmpak sangat aku dh berkurun tinggalkan blogsphere ni...

alfablue7 said...

bpe byk ko sebot nama aku dlm post ni.terbatok2 aku hihih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~