Wednesday, December 29, 2010

Mati

Oh, hari ni hari rabu dah ke?
Hari isnin yang lepas musang gwa yang gwa featured dekat sini dah kiok.
Hari tu jugak gwa tanam blakang rumah. Rasa sayu ade jugak. Rindu pulak bau pandan dekat badan dia. Oh, dengan aktiviti jilat2 tangan. Suka betul dia jilat jari gwa kalau gwa pegang dia. Comel sungguh perangai anda wahai cik musang yang sudah kiok. Ini analisis yang gwa buat selepas kematian musang gwa.

Sebab kematian : tak dapat disahkan (sakit perut, or sakit organ dalaman, mungkin)
Hari kematian : pagi isnin, sebelum orang semput celikkan mata (gwa syak)
Tarikh kematian 27 december 2010

Mane ade. Sape cakap gwa menangis? Tak rock la gwa menangis beb. Hengat gwa ni mat mat patah tangan ke nak nanges2 hah? Jilaka.

Walaubagaimanapun (ayat pembukaan perenggan form 5)
Itu semua takdir. Mungkin sampai situ je hayat dikandung badan musang tu. Nak buat macam mane, takkan nak menangis hentak hentak kaki kot? Terima jelah ape nak jadik.

*(gambar kucing parsi warna kuning bulu gebudan gemok)

Tambahan pula,
Ade seekor kucing parsi wane kuning, jantan, selalu merayau dekat compound rumah gwa. Masuk je rumah gwa, dia buat bunyik kucing nak makan pelempang. Suka sangat buat suara pelik. Sunat baru tau. Tapi gwa syak kucing tu lapar. Mungkin. Kemungkinan tu ada dimana mana. Adik gwa pernah bagi sejemput friskies untuk tatapan perut dia. Mungkin sebab tu dia suka lepak rumah gwa. Takpun, kucing tu tengah merevolusikan visi haiwan2 peliharaan sedunia untuk diberi makanan yang cukupnya. Gwa syak tuan dia liat nak bagi makan, tu yang dia merayau sampai rumah gwa. kesian...

Pikir pasal mati ni bagus sebenarnya, takdela dok pk nak riak, bongkak, taqbur tiap masa. Bagi sedar diri bak kata orang orang tua. Tapi nak buat macam mane? Orang muda macam gwa ni mesti suka pikir hidup lame lagi. Kawen pon belum. Kah3~

Time macam ni gwa teringat kucing betina kesayangan gwa tu, ape la gwa buat kalau dia pulak yang kiok. Itu bakal dan mampu membuatkan gwa sebak lalu berkabung beberapa hari. Yela, dari kecik gwa buli dia. Da besar dia manje pulak dengan gwa. Tido same, Makan same, berak dengan kencing je tak same2. Gile nak buat same2? Jatuh la reputasi gwa sebagai seorang manusia bertamadun, berak sepah2 atas pasir. Meow... Tak pasal2 kucing gwa bahan gwa nanti.

Oh, cukup la gwa merapu hari ni. Esok lusa gwa serius balik dengan entry2 yang serius. (kalau gwa serius la)
Selamat hari rabu. Salam revolusi. (poyo je ayat)
Ciao~


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

17 comments:

platipus said...

tak menangis tapi merokok..frust lettew..keh3

Qhamel said...

lu ni.. musang mcm tu pn da kiok?
alahai.. frustnyer.. comel gler

eiffel said...

takziah tok lu....

nurul lalala said...

Ada kucing gak..dia p0n gedik. tp aku still syg kat dia.[jadi bahan untuk dibuli]

zafirah said...

aku ta paam la sbb pa kucin kalo nanges bunyik mcm bebi..stress2..pastu, komen ni cam da kaitan x ngn entri ag??

tia said...

kuceng tuh nk ngorat kuceng lu laa, yg lu nk sunat dye apesal,
biar laa dye kembangkan generasi kuceng2 kt ctu. kahkahkah!


RIP to cik musang :')

Akulah Aqilah Itu said...

Aku tak dapat bayang perasaan kalau kucing aku tu mati. Oh!

sastraboy said...

kucing rumah gua dua ekor hilang. memang cilake lah rasa masa tu. haha.

lumut said...

kucing betina kesayangan??

lalalala/..haha

| Larasephia | said...

patut kau interview kucing kau tu.
entah2 dia dalang di sebalik kematian musang tersebut
speaking from experience nie
sekor kucing aku telah membunuh sekor kucing yg lain

Lee Zha said...

ermm..sory. aku ternak cacing je, tuk bagi ikan aku mkn.

Anonymous said...

asal lu punye blog full of hell hu?
hell flowers tu plg xleh blah.
kau xrse ke ko mcm hina org yg flow kau?

Hellioz said...

lets say,
'literally' anon.
do you know what literally means?

Botak said...

ok., aku sakit perut mendengar berita kemangkatan kucing ko..
walaubagaimanapun... <-- hahahahaha...

maCy said...

helly. macy xnk update blog sindri. macy nak ubat entri kat sini lah. hoorah~

maCy said...

mengong~

MATAHARI said...

oh. anon. nape, kau ko anti neraka?oh.ur life puurrfect.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~