Monday, January 3, 2011

Tak Payah Belajar Pandai-Pandai Pun Tak Apa

Benda yang paling payah gwa nak ingat ialah nama cikgu2 yang ajar gwa.
Tak kisah la skolah rendah ke menengah ke. Sebab gwa style malas nak ingat orang. Thats the reason why gwa tak kisah sangat kalau orang tak ingat gwa. Benda pusing2 kan? Terima jelah
Tapi disebabkan gwa ni 'baik' sangat dekat setiap tempat yang gwa pergi, orang mesti ingat gwa.
Celaka betei...

Tapi gwa suka ingat name2 orang yang baik dengan gwa. Kalau lu orang baik dengan gwa, mungkin gwa senang ingat.

Gwa tak suka simpan benda2 yang gwa benci kot dalam otak gwa. That explains, a lot. Gwa ingat sape yang buat palat gwa, gwa akan ingat muka.Tak ingat nama. Kalau gwa despise muka lu, gwa despise sampai mati. Unless something happened in the middle of hating process.

Cerita hari ni ringkas je, gwa nak ingatkan kat sape2 yang malas belajar. Malas nak carik ilmu. Tak suka knowledge and so on and so forth. Jenis hari2 kalau boleh nak enjoy je tiap mase. Enjoy pon enjoy jugak, by the time lu kena serius, be serius la. Jangan jadik macam gwa, hari2 kalau boleh nak main je. Kadang2 gwa benci gak diri gwa sebab tu. Kah3~

Ade sorang cikgu ni, dia muda, belum kahwin, lelaki. Dia pernah borak dekat satu kelas. Mase ni gwa dekat sekolah rendah. Sumpah gwa tak ingat sape nama dia, sebab dia tak kewl. Cerita dia je kewl. Thats y gwa ingat sampai sekarang. Dia pernah cakap, "kalau kamu taknak belajar takpe, cikgu tak marah. Cikgu dah jalankan tanggungjawab cikgu untuk ajar kamu semua. Itu tugas cikgu."

Lepas tu ade sorang member gwa tanye, "kenapa cikgu cakap macam tu?"
Dengan selamba dia jawab. Kalau semua orang rajin, kalau semua orang success, kalau semua orang pandai, kalau semua orang masuk universiti, kalau semua orang ade pangkat besar2, Sape nak jadik tukang basuh kereta cikgu nanti?

Masing2 dah berkerut. Sekolah rendah, masing2 bodo2 ayam la. Nak fikir jauh pon tak berapa nak sampai.

Cikgu tu sambung lagi,
"Kalau kamu malas belajar, takpe. Bolehlah kamu kerja basuh kereta cikgu."
Sambil senyum sinis. Lagi sinis dari senyum kambing dekat akhbar utusan melayu.

Mesej tu tepat dan jelas masuk dalam otak sampai la ni gwa ingat.

Rationality yang jelas. Kali ni terus menusuk kalbu.
Macam kena tembak dekat dada.
Kepala bergetar. Otak ligat berfikir.
Sel sel dekat otak yang dah lame malas berhubung sesama sendiri terus carik geng, buat reunion, literally.

Kalau semua orang baik, tak guna la ada polis.
Kalau semua orang pandai, tak guna la specialized labour macam Doctor, Engineer etc etc.
Kalau semua orang jadik cukong, sape nak jadik hamba cukong?
Kalau semua kaya, sape nak jadik miskin?

Mungkin ni salah satu sebab gwa suka berfikir
Mungkin jugak ni salah satu gwa still belajar lagi. Its an endless process aint it?

At the end of the day, pandai ke bodoh ke, tu semua usaha.
Otak yang intelligent memang salah satu faktor orang pandai, tapi kalau pandai macam einstein tapi malas macam babi pon tak jadik ape jugak kan?

So, sape2 yang malas belajar tu, tak payah susah2 belajar.
1. Cukup la lu duduk dekat tempat lu.
2. Cukup la setakat duduk dekat tangga gaji lu.
3. Cukup la dengan apa yang lu dapat.
4. Hadap la tahap pencapaian lu sampai mati.
5. Sebab itulah ape yang lu dah buat n pernah buat untuk diri sendiri.
6. Kalau takdir lu angkat sampah yang gwa buang hari2 depan rumah gwa dalam tong sampah tu, itu la kerja lu.
7. Kalau takdir lu keje sapu sampah dekat bangunan company gwa, kat situ la hidup lu.
8. Jangan salahkan takdir pulak, salahkan diri sendiri.
9. Jangan salahkan orang lain, Salahkan diri sendiri!

10. Ciao~


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

27 comments:

MATAHARI said...

phrase cikgu ni aku penah dgr.tp dlm ayat berlainan. konsep sama.
ada seorang kawan yg few years older nasihatkan.

"aku tak kisah ko buat apa pun untuk hidup kau, tak pe. kerja kosong trinekens banyak lagi, lumayan. kerja angkat tahi kumbahan (lori kumbahan tu) banyak kosong, gaji superb, xyah ko nak pikir life ko"

dan 1 lagi "tak pe kau tak nak studi, asal kau merempat sendirian dan tak susahkan orang lain sudah"

intelligent is nothing when attitude is the main fuck up factor.

Anisa Hang Tuah said...

hehehe.bagus lah..basuh kete cikgu
hamboiiii..

..hizamirahim.. said...

okay.
this is a brilliant thought.
syabas!!!
;)

anOOan said...

erk. terpukul. hari ni jugak aku balek uni masuk balek kelas

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Selagi kita hidup, jangan berhenti belajar. Belajar tak semestinya masuk universiti, pergi kelas... hidup ni penuh dengan pelajaran. Pengalaman adalah pelajaran yang paling berharga.
Aku tak percaya dengan kelulusan atas kertas, sebab aku dah banyak sangat jumpa graduated Sarjana yang otaknya lebih lembap dari orang yang takat SPM je.

ika~~ said...

penah gak cikgu ckp camtu kat sekolah aku dlu.eh kte sma sekolah ke?
haha!

radin fadli said...

sinis tapi sangat mendalam, terpahat dalam kepala hotak selamanya....nasihat yang bagus~

syAzAnA said...

bergantung pada niat doe nak belajar nie. gua pun kuat main gak. demmm. aaaaaaaaaaaaaaaa

CGG said...

huhu..
pernah dgr kata2 tu dari seseorang..:)

eiffel said...

kahkahkah!!!

abis klo smua nak cantek, sapa nk jadik camtaek????

eszol said...

dari kecik klau sesapa yg skola kerajaan mesti dididik utk berimaginasi dan berangan lebih-lebih

bila tgok drama melyu berangan tak man-man

da besar baru ngerti realiti

tapi bila kne taktik mlm sket da brangan lelebih balik

aduh,berangan x salah,tapi kne tahu batasnye

geLaSkaCa said...

nice beb..!

lagi satu probs,
kalau belajar pandai2,dapat kerja baik2 tapi nyusahkan mak bapak lg x guna jugak..

haha..
jdik engineer tapi suruh mak jadik khadam kat umah sendiri..
pe kejadah plak ai..

it's all about how to survive in ur life..
ada otak pandai tapi x reti nak apply baik x payah..
am i right??

nurul lalala said...

dulu2 p0n malas blaja gak..tp skang da insaf sket. klas wajib g! tp name nak study, xde mknanye!sok xm, arini baru bkak notes~hehehe

bab xigt org tu, kite leh jd geng..sy p0n payah nak igt org~

btw, kamu tlah ditag..sila terjah nanti ek..tq

Akulah Aqilah Itu said...

cikgu aku pon pernah cakap camtu. Suruh aku bila dah besar kerja basuh kereta dia. =P

raingers said...

terbaek :)
aku pun slalu gak ckp kat mber aku ayt tu. kalau sume rajin sape pulak yg nak malas kan,,tibe2 XD

storm chaser - rainbow lover said...

kalau semua orang melesia pandai, apa lagi, indon la jadi hamba! hahahah

The Nurul said...

makan dalam betul ayat cikgu tu. fuh.

bukankosong said...

tepat sekali!!!

Epul Azimi said...

ok cikgu lu mmg kewl la,ade btol gk ape yg dia ckp tu,takkan semua nk jadi cerdik kan.hahahaa

aku pon tak abis belajar,sambung belajar dgn kehidupan sebenar haha,dh berenti awl ni biaselah kenalah berdikari kan.hahaha

aye-na said...

rasanya tu salah satu cara cikgu tu nak psycho student dia utk lebih rajin blajar..=) Islam pun suruh sentiasa cari ilmu..

maiMOONyet said...

mungkin sbb kn ramai pandai, ramai kaya, harga minyak naik. damn!

Lee Zha said...

haa...lau mls blajar meh ar teman aku wat dodol...ley mkn2. hahahaha

KayNisa said...

very good one!!

KELI OH KELI said...

betol2..kita selalu asyikkkkkk salahkan semua......mengapa tidak memperbaiki diri...terima kasih sbb beri ingatan kawan...

alfablue7 said...

grrrr malas gle ni.malas...

platipus said...

kalau semua org nk keje doktor, pegawai, engineer..sapa nk jd full time blogger

SUCI KUDUS said...

kalau semua nak jadi boys and girls, sape nak jadi shemale? ..ops..........

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~