Monday, February 7, 2011

Kau Berubah

Dulu, mase gwa awal2 kenal lu, lu sempoi, walaupun lu banyak cakap, tapi lu tak pernah berlagak macam lu paling bagus antara semua orang. Lu humble. Lu relax je kawan ngan semua orang.
Lu takde la centre of attraction, tapi lu chillax. Macam semua orang.

Gwa kawan dengan semua orang, rempit, kaki bong, pencurik motor, kaki pecah rumah, lesbo, bisex, gay, nerd,  semua jenis kaki gwa buat member, termasuk lu. Apedehal member ramai2? Banyak benda gwa belajar dari semua orang. Walaupun gwa tak jadik one of them, gwa still respect orang sebab semua orang ade pengalaman and specialty sendiri.

Gwa tak boleh jadik semua orang dan tak boleh rasa ape yang semua orang rasa, at least jadik member lu orang pon dah cukup untuk gwa faham ape yang lu orang rasa masa lu jadik diri sendiri.

Secara Kronologinya, gwa tak boleh jadik wartawan, engineer, doktor, psychiatrist, lecturer, lawyer, tukang sapu sampah, kontraktor, dan semua pekerjaan kat atas pada masa yang sama. At least berkawan dengan semua orang kat atas dapat widen perspectives gwa tentang semua orang. Ye, semua orang ada hak untuk hidup atas mukabumi ni. Jahat mane pon dia, kejam mane pon dia, dia ada hak untuk hidup. Sebab bumi ni milik semua orang, bukan milik entiti yang kerja perah keringat buruh untuk maximize profit je.

Lu tak perlu ketepikan idea and perspective orang lain untuk rasa lu betul. Sebab keyword untuk jadik manusia yang bertoleransi adalah understanding. Kalau lu rasa nak semua orang faham siapa diri lu or ape yang lu fikir, lu kena faham jugak ape yang orang lain fikir. Bukan senang nak jadik manusia understanding, tapi senang sangat nak jadik manusia judgemental yang suka menilai sesuatu secara kasar dengan membabi buta, walaupun tak pernah lalui or at least befriend dengan orang tu.

Bear in mind, gwa bukan menjurus ke arah perfection, sebab takde benda yang perfect dalam dunia ni. Kalau semua benda kat dunia ni perfect, kita bukan lagi pelakon, tapi hanyalah robot2 yang dah di programkan untuk buat semua benda dengan aturan yang sempurna. But yes, we are towards perfection, walaupun being perfect tu takkan berlaku.

Bila lu dah dapat jawatan, gwa nampak lu berubah. Dari manusia yang humble kepada manusia gila kuasa yang tau gunakan kuasa untuk buat ape yang lu rasa bagus untuk organisasi lu n diri sendiri. Ini la transition manusia. Bila dah famous, bila dah ada kuasa, bila dah ada pengaruh, dia lupa. Lupa siapa yang buatkan dia dapat semua tu. Lupa diri. Sumpah lu dah berubah.

Tapi lu bernasib baik, sebab yang jadik mangsa ni member gwa, bukan gwa. Kalau orang yang lu sound tu gwa, mungkin akan gwa tepek kepala lu dengan tahi2 yang mungkin dapat ingatkan lu asal usul lu sebelum lu jadik diri lu sekarang ni.

Orang cakap hidup ni macam roda, lu takkan stay dekat atas sampai mati. Sebab karma menanti. Jangan ingat kalau lu tak kena, keturunan lu pun tak kena. Benda ni semua pusing2. Member gwa cakap life is a full circle. Pusing la berapa banyak kali pun, lu akan lalu tempat yang sama. Jangan lupa diri.

Kalau lu pernah kena maki sampai lu jatuh sekali, jangan ingat lu takkan kena maki untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya untuk lu jatuh buat sekian kalinya. Jangan lupa diri.


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

17 comments:

LORD ZARA 札拉 said...

Oh, I met lots of people like this.

Hidung dah tinggi sangat sampai ke langit, hingus dh terbang merata.

Lee Zha said...

good. stuju.

i'msosupernotcool said...

it's not position or levek or darjat yang change people.
it's mentality.

MATAHARI said...

"Gwa kawan dengan semua orang, rempit, kaki bong, pencurik motor, kaki pecah rumah, lesbo, bisex, gay, nerd, semua jenis kaki gwa buat member, termasuk lu."


HI5!

hidup ni macam tawaf kota kaabah.

juliam said...

ni semua ada kena mengena dengan ego ke? tapi

fatin amirah shahar said...

people changed..
apa nak buat..even diri kita pon kita tak boleh jamin..entah nanti kita pulak berubah macam tu tanpa sedar..tp org lain sedarrr :(

so,sebagai kawan...tegur la diaa..dia kan manusia gak,tak sempurna :)

eszol raar said...

ppl lies

ppl change

ppl adapt

Frodo Baggins said...

begitulah ...

CONNIE said...

terbaek la entry ni. thumb up!

Yayaa said...

gua berdoa semoga gua tak berubah. =.=

fuckhellioz said...

fuck lu...ingat dri lu bagos ke? weyh nabi pon moderate je apehal lu ni....mampus lu lah..

Hellioz said...

@anon

bila masa gwa jadik nabi?
lulz~

eiffel said...

anon : lol~

owh ye.pakar sjrh kata.sejarah akn berulg jika sej dilupakan...

alfablue7 said...

lu sedang cite psl diri lu ke neh? :)

HEROICzero said...

haila2.. ape de hal nak bongkak2 takbur2.. gua kalau duk atas, gua rilek jek macam dulu xnak berubah.

*ah wait? gua x penah duduk atas pon.

keh3x~

ijlal naim said...

entry ini meningatkan aku kepada seseorang.. haha

Anonymous said...

Bukan senang nak jadik manusia understanding, tapi senang sangat nak jadik manusia judgemental yang suka menilai sesuatu secara kasar dengan membabi buta, walaupun tak pernah lalui or at least befriend dengan orang tu.

- sebijik mcm kau dow. Judgemental. stended la cakap banyak mmg point finger dkt diri sndiri. lulz :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~