Tuesday, March 8, 2011

Buah

Gwa duduk dekat tempat yang tak berapa nak urban sangat lah. Bandar bodoh je. Gwa tak kisah sangat sape2 nak panggil gwa kampung ke ape. Kalau duduk bandar tapi otak macam monyet pon tak guna gak kan?

Gwa duduk mane sebenarnya tak penting pun. Sebab tu bukan cerita yang gwa nak sampaikan. Gwa nak sampaikan cerita pasal buah. Ye buah. Bukan buah yang buat pakai tangan bagai. Tu taksub sangat. Gwa nak cerita pasal buah-buahan. Ye buah-buahan.

Kalau lu da sampai perenggan ni lepas tu rasa macam menyampah tenuk sebab gwa cuma nak cerita pasal buah je lu boleh je pangkah. Ade benda warna merah dekat atas kanan hujung sekali. Tak, tak marah pon. Saje stating the obvious thingy. Lagipun bukan semua orang suka baca benda mengarut yang gwa taip ni.

Cerita pasal buah, gwa agak bernasib baik sebab gwa dibesarkan dalam family yang, cukup la. Takde la melimpah ruah kanan kiri. Cukup la. Moderate family. Nak kata kaya, Mak bapak gwa memang orang kaya pon. Duit bersepah. Tapi gwa tak pernah mandi duit. Tak pernah lagi la setakat ni. Kenapa dorang kaya? Gaji dorang banyak kot. Benda2 gaji2 ni memang bukan secret ah. Setiap tahun gwa mintak info pasal gaji bagai. Yela, nak pinjam buku teks bagai. Terpaksa la tanya. Babi. Ni apehal gwa cerita pasal gaji pulak ni.

Ok, back to the topic. BUAH. Parents gwa jenis rajin beli buah buahan tempatan and tak berapa tempatan balik rumah. Kalau beli confirm sebakul. Makan sampai lebam. Dari durian, langsat, tembikai, mangga, pelam, manggis, pisang, nenas, rambutan buah ape buah tempatan lagi? U name it. Campur kalau pergi cameron highland, mau kenyang gwa santap strawberry sampai muntah. Tu semua tak termasuk buah kuini belakang rumah gwa yang rajin berbuah per annum lagi. Memang kenyang buah ah. Tak berapa nak jakun sangat ah dengan buah2 ni semua. Kira kalau lu orang show off buah2 pelik depan gwa, gwa pandang je. Tak berapa nak bernafsu haiwan sangat la dengan buah yang ade kat tangan lu.

Family gwa rajin beli buah jambu batu. FYI, jambu batu punya kandungan vitamin C lagi banyak dari buah oren. Ni fakta ni. Bukan auta. Kalau sape2 kat rumah selsema ke ape, memang makan jambu batu ah.

Enuff with buah for a while.
Mase gwa duduk asrama dulu, gwa ade jumpa seekor budak perempuan ni. Bley tahan cun. Hot stuff sekolah. Merasa gak la gwa kena gosip sepam dua dengan dia. Gwa pernah borak dengan dia pasal buah. Borak punya borak punya borak, gwa cakap la pasal buah ciku. You know what? Dia tak kenal buah ciku tu ape? FUck. Gwa tengah cakap dengan orang German ke ape? Buah ciku pon tak kenal? Kamon la...
Ni apehal mahal sangat buah ciku ni woi?! haha~

Sejak dari haritu, gwa macam bersyukur betul dapat family macam family gwa. Takdela gwa kena bahan tak tau buah ciku tu ape.

Persoalannya, ape urban sangat ke sampai buah ciku pon tak tau? Ni sekolah tadika kat mane ni? Gwa kecik2 lagi dah tau buah ciku tu ape. Nak cakap dia pindah randah tak jugak. Seumur hidup duduk dekat malaysia gak. Semenanjung. Takde la plak cerita duduk Wellington ke Dubai ke ape. Elok je cakap bahasa melayu fasih. Tapi tak tau buah ciku.

Ceyh, pasal buah ciku pon boleh buat post. gile bosan.
Masalahnye bukan buah ciku. Masalahnye, apehal bandar sangat perangai ni? Ni gwa belum sebut lagi buah2 pelik lain yang gwa-lupa-ape-nama-dia. Gwa macam tak kisah sangat kalau buah tu memang betul2 rare yang orang2 tempat tu je tau. Ni buah ciku. Woi! Ciku lah. rasa dia manis2. Epal tau. Ciku tak tau. lulz~

Gwa tengah bayangkan dalam masa dua tiga ploh tahun ni. Agaknye tau tak budak2 kecik ni rupa manggis tu macam mane. Mungkin buah2 ni semua dah jadik eksotik sangat. Buah manggis sebijik dekat jepun gwa dengar dekat puluh2 ringgit jugak lah. Tak pun memang mahal kat luar negara. Tu yang orang luar negara eksploit manggis buat ubat antioxidant kejadah. Pastu orang Malaysia baghal pon kena tipu. Jus manggis, label Vemma. Bodoh ape? Makan jela buah manggis tu mentah2. Sibuk nak proses bagai buat ape? Makn fresh sudah. Macam bangang!

Ni name dia manggis ye adik2.
Bukan buah tembikai. lulz~


Gwa syak ni semua salah sistem pendidikan mak bapak la. Tak pun salah tadika. Dulu gwa pegi tadika gwa belajar je buah buahan bagai. Takde la bodoh sangat pegi tadika semata mata nak main. Main memang la main. Bohong gile gwa tak main. Tapi mase belajar kat tadika gwa ingat jugak la ape gwa belajar. Belajar sakat orang pon ye gak. Kecik2 perangai da macam setan. Kahkahkah...

Gwa syak, lepas ni boleh la implement belajar pasal buah buahan tempatan. At least la. Kalau tak tau buah buahan exotic or buah import gwa boleh terima lagi. Ni ciku pon tak tau. Ape babi? lulz~

Gwa rembat semua gambar tu kat sini. P la usha. Mane tau dapat luaskan skop buah buahan dalam diri. Takdela rasa macam bodoh piang je kalau tak tau buah itu buah ini macam mane. Jangan nak melawak buah lain sangat la. Gwa tikam seko2 nanti.


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

10 comments:

.::WaNiE::. said...

buah ciku best !


yelah

apsal mahal sangat buat ciku tu woi

ch!natsu said...

haish trasa sgguh daku..

certain kawan aku suke perli ckp aku duk planet marikh sbb byk bnda xtau..
xde kene mengena urban ke tak..
aku pun kmpg je kot..
tp nak wat cmne dah mmg xtau..
xde org gtau.. sobs~ T_T

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. said...

wohooo..ciku pon x kenal..hahahaha
lawak la..

tu blom sebut buah salak ka..sukun ka..buah teratai ka..


hehehhee

RastaMat said...

buah bidara
buah salak
buah oh buah..

ururules said...

oi! teringat aku kat pokok durian belanda kat umah lame aku. lame siot x makan durian belanda.. lepas makan durian holland.. tebang tebu se.. share gigit ramai2..

Anonymous said...

mungkin lps ni kne ada subjek buah buahan kat skolah n subjek tu wajib kredit

DidyaJustsaythat said...

mmg adap un yg jenis tak tahu. terlalu urbanized sgt, ataupun jenis mak bapak tak rajin beli. yg jenis hari2 makan luar @ bibik masak gitulah.


apesal cakap pasal ciku nih....
saya dah termnegidam ciku ni ha...bencibencibenci...

*kena balik awal*

zey said...

demm!
cerita pasal buah-buahan tempatan pon aq baca entri kaw sampai abes!~

De' Nurul said...

gampang nye tak kenal buah ciku -_-"

the_firefox90 said...

haha..
aku rasa aku pun xberapa nak kenal buah sangat..
aku ni bukan nye peminat buah..
kalo ape buah yang ada kat umah tu, yang nampak agak2 enak di makan baru aku makan..

tapi aku xde la bodoh gila sampai ciku pun xtau..
lawak siot..
xsangka aku..
LOL

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~