Thursday, April 14, 2011

Bacaan Hari Kiamat

Aku tak kenal diri sendiri. Yes. Aku tak kenal diri sendiri. Aku tak tau ape aku suka. Aku tak tau ape yang aku tak berapa nak suka. Aku tak tau ape yang aku nak. Gila ape manusia gaya macam ni? Takde pendirian pulak. Sebelum ni cakap pumpang pumpang air liur merembes macam squirt.

Hari hari aku kena seksa. Ye, kena seksa.
Hari2 kau kena buat pilihan. Buat pilihan itu adalah satu jenis seksaan batin yang kau paham bila kau kena pilih. Macam pilih kasut puma dekat butik puma. Kau tak suka satu pun, tapi kau kena pilih.
Mungkin aku tak suka sebab dalam butik puma tu takde satu pun jenis kasut yang aku suka, yang aku nak pakai lebih dari apa yang aku jangka. Kalau boleh, aku nak pakai kasut puma tu dekat semua occasion. Pergi mampos la occasion ape, formal ke tak formal ke. Janji aku pakai kasut tu. Sebab tu aku cakap aku tak suka buat pilihan.

As if doctrine pro choice tu satu beban yang menyeksakan. Kau pilih salah, kau tak pilih pon salah. Ditelan mati otak belah kanan, diluah mati otak belah kiri. Tak seimbang. Aku taknak hidup cacat, sape nak hidup cacat? Orang cacat pon taknak hidup cacat tahu? Kesian dengan orang2 cacat. Depa semuatak mintak pon dilahirkan cacat.

Orang cakap penantian itu satu penyeksaan, tapi membuat pilihan lagi seksa woi! Sumpah!
Rasa macam nak kerat tangan guna pisau atau kena gantung dekat tali gantung. Hangmans noose nama tali gantung tu.
Hah, mane satu kau nak pilih? Kau ade dua pilihan je ni tahu?

Tapi tulah, kau still kena pilih jugak. Deep inside, kau kena pilih. Kau tau kau kena pilih. Sakit ke tak tu belakang cerita. Kau kena pilih.
Kalau kau taknak pilih, kau kena mati dulu. Bila kau mati, kau dah tak payah pilih ape2. Sebab kau dah mati. Jasad kau dah mati. Ye, MATI.

Nak mati ke tak in the first place pun kena pilih tahu?
Lain la kalau malaikat pembunuh datang ambik nyawa kau masa ingatan kau berpinar menjerumus ke arah zaman silam kau. Malaikat pembunuh ni nama dia Izrail. Ni ikut orang Islam la. Kalau ikut cerita death note, nama malaikat dia shinigami. Kalau ditakdirkan tuhan nak rentap nyawa gwa sekarang ni, confirm lu orang tak dapat baca ape yang aku tulis dekat sini.

malaikat pembunuh = malaikat izrail = shinigami

Tapi jangan tanya kat aku ape yang roh A.K.A soul kau kena pilih. Itu bukan urusan aku. Jasad kau yang hidup ni la h yang tentukan ape yang soul kau buat lepas kau mati.

Theory manusia ada jasad and ada roh ni kadang2 bingai jugak. Babi ape dah mati pon kau hidup lagi? Hidup dalam bentuk roh. Roh tu ape? Jangan tanye aku. Aku tak tau. Kau pergi tanya ulamak ulamak, para tahfiz, agamawan dan mufti2 yang sibuk nak haramkan poco poco tu. Aku bukan orang kuat agama pon.

Aku agama apa? Aku sembah lucifer for teh lulz. Sebab lucifer cakap macam ni dekat aku "Kau nak buat ape kau buatlah, lantak pi lah" kan ke senang sembah lucifer?

Tuhan? Ye, semua orang yang percaya tuhan ada tuhan. Sebab tu aku mention tuhan dekat atas. Tak kisah la tuhan kau kayu ke pokok ke asap ke api ke tanah liat ke, yang penting dia tuhan. Tuhan kau yang mane satu kau pilih lah, hah, aku bagi pilihan ni. Jangan cakap aku tak bagi pilihan. Terang2 tuhan tu banyak kalau nak nampak dari segi masyarakat majmuk, even dekat malaysia. Orang malaysia, keseluruhannya banyak tuhan.
Sebab masing2 ada tuhan sendiri. Ikut kau lah nak pilih tuhan yang mane satu. Pilih jangan tak pilih!

Tapi yang best bila kau kena pilih, kau ada pilihan. Better dari take it or leave it.

Sebenarnya aku dah mengarut panjang sangat ni. Aku mengarut lebih dari ape yang harus aku karutkan.
Aku cuma nak cakap aku tak tau aku ni siapa. Tak, aku belum hilang ingatan, aku masih gunakan pseudonym Hellioz untuk jadik watak penulis dalam blog ni. Dekat luar, nama aku lain. Nama aku dekat luar...
Tak payah tau lah. Hidup aku kat luar dengan kat sini tak sama. Kau ni hellioz bahan ujikaji aku je. Kalau aku bosan2 je aku masuk lah dekat dunia internet ni untuk pakai topeng muka yang bernama Hellioz. Kau tau tapi buat buat tak tau. Kau ni bodoh ke ape?

Suka hati aku la nak buat ape dekat Hellioz. Kalau kau nak bikin karekter macam Hellioz, pergi la buat satu.

Lensarosak ade AlexiaAqram
AkuTakPeduli ada Melayu Minimalis
FreedomOfAssociation ade Obefiend
CursingMalay ada Mantot
BreakingTheRulez ada FrodoBaggins
SemuaKosong ada UstakBerd
RefurbishedJourney ada Siggplus
AkalTunjang Ada Hiro
TheBraderWhoDancesWithGhosts ade BraderLepLep
2+2=5 ade Afiqsiddhartha.
Tapi dah mati lah, Afiqsiddhartha bunuh. Kesian 2+2=5 dah mati. Takziah.
Saban hari bahan bacaan gwa berkurang.
(Sori la kalau aku tak mention nama semua orang. Kepala hotak aku kepala hotak manusia, bukan bionic boleh ingat nama semua orang.)

Biar la aku nak buat
AndItsAllAboutPerspectives~ yang dilakonkan Hellioz.
Takkan aku nak jadik macam kau. Tulis pasal kepala paip?
Baik aku tulis pasal kepala taik. kahkahkah.

Aku kena pilih lagi sekarang ni. Aku belum tidur lagi. Aku kena pilih nak pergi kelas ke taknak. Hah, kalau pergi kelas kurang2 bole la aku mintak prof aku doakan aku dapat A subject dia. Aku dala kaki ponteng. Celaka punya makhluk penyembah lucifer. kalau aku tak pergi aku boleh tidur nyenyak, macam babi, eyh, bayi. Tapi satu sen ilmu pon aku tak dapat. See, aku kena pilih lagi.

Aku tulis semua ni random habis. Mungkin sebab harini mood aku tak berapa nak baik sangat. Tapi aku suka betul kalau dapat tulis macam ni hari hari. Puas hati. Sumpah puas hati. Kalau kau tak puas hati, pegi mati. Kalau kau nak rasa menulis untuk diri sendiri, kau tulis je ape kau suka. Pedulikan ape orang kata. Janji kau tau ape yang kau nak buat tu. Betul ke salah belakang cerita. Kalau kau tak pernah buat silap, Kau takkan pernah berjaya dalam hidup.

Sebab bagi aku, kesilapan tu la yang buat aku jadik siapa aku hari ini. Ye, aku yang real. Bukan Hellioz. Hellioz ni kuda tunggangan aku je. Hellioz hidup dekat dalam dunia maya. Ye dunia maya. Tak real. Pentipu. Kau semua kena tipu dengan world wide web je tahu?

Dah, aku nak mandi, nak gosok gigi. Aku buat keputusan untuk pergi kelas. Lepas habis kelas mesti aku rindu professor aku. Dia kewl tahap gaban. Kalau aku ade member macam professor aku, mesti aku gembira.
Dah la.

Kau semua jaga diri baik baik ok. Buat pilihan yang betul. Buat aje pilihan. Janji kau pilih. Pilih pakai otak jangan pakai ponggong. Doa la dekat tuhan masing2 sebelum buat pilihan, mane tahu tuhan kau nak bagi kau guidance untuk memilih. Untung2 kau pilih jadik kaya, bukan jadik miskin.

Selamat merayakan pilihan.
Ciaozie~


Its my perspective. What's yours?
hit me on the comment section, below~

12 comments:

Anonymous said...

lu ok ke dol?
g cuti jauh2 sembah tuhan
ambik bnyak mana masa lu nak ..
nanti aku layan lu balik
aku pun x brapa nak sihat skrg ni
cilake jer .. g sodom lu punya prof
tiba2 sayu jer bc entry gampang ni
babi betul .. nah ky jelly

eiffel said...

yg sebenarnya...tajuk ko xde kena mngena dgn isi ko kan.lol

dn... 'Kalau kau tak pernah buat silap, Kau takkan pernah berjaya dalam hidup.'

aku suka ayt tu!

zey said...

kaw ada prof kewl gila gaban pon kaw xdtg kelas dia hellioz, pe daa...~

RastaMat said...

oi..

puma 917 cool la..

ok jek wa bawak pegi jalan, pegi present, pegi dinner..









saje nak berlagak..

nak bagitau wa angkat puma itu hari..




hahahaha...

Sogeking Kun said...

aku nak bterima kasih pasal bagi list blog2 yang thoughtfull dan interesting. aku sekarang tengah kebulur mencari bahan bacaan dikala bosan. aku rasa dah tak perlu blogwalking lagi yang mana yang slalu aku jumpa hanyalah blog 'kosong'. btw, thanks. selamat memilih dude!

kyo_9 said...

ok ke x nih?

broken_nigina said...

lol.cool.

SHAREL said...

kau tolong tanya lucifer, sebulan berapa bil api dia kena?

Dale said...

lifeless, tu yang kau rase bila kene buat pilihan kan?
jangan risau, lucifer ada.

AlexiaAqram said...

apa kata lu pergi makan pil NZT.

GuavaTheBuaya said...

Entah kenapa gua baca entry ni gua teringat si Afiq. Haha! Kul 10 lebih dah ni. Gua tak larat dah. Nak pi tidur. Karang karang gua sambung.. Hihihi

kurosagi said...

sama la gua, Kurosagi Nantoka ni gua dah matikan pun, sekarang gua dah pakai watak lain~ watak apa ? sendiri cari~ tetapi, bagi yang ikhlas mencari demi mengenal, Allah akan carikan jalan~ watak kurosagi tidak lain bagi aku hanyalah untuk mengajar orang2 tertentu (yang berada di sekeliling aku tapi tak rapat) bahawa hidup ini satu drama~ dan mereka pun dah dapat pengajarannya~ so, sudah masa untuk aku pergi mengenal pencipta dan membinasakan diri ni~
salam ke atas kamu semua, facebook aku masih jalan sebab ada perkara yang masih belum selesai~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~