Monday, September 5, 2011

Realiti Dunia


Budak gemuk loser yang takde awek and tak pernah ada awek itu mengharapkan gadis freehair 36’30’38’  yang putih dan gebu di depan matanya akan jadi miliknya. Hari hari dia berharap miracle akan dating menjemput takdirnya.

Lelaki metrosexual berbadan sasa yang mekapkan mukanya untuk ke pejabat itu rupa rupanya gay. Perempuan perempuan monggel yang mengharapkan kasih sayang lelaki metrosexual itu berasa hampa lalu bertanyakan tuhan “mengapa ini terjadi!!!”

Jejaka yang rasa dirinya terlalu tampan sambil berulang ulang kali mengakui dirinya hensem di depan cermin hanya mampu mengharapkan ada manusia yang perasan kehadirannya dimana mana setiap ketika.

Mamat yang rasa dirinya playboy, buaya darat, dan pengeluar utama ayat ayat manis terhadap perempuan perempuan disekelilingnya merancang untuk nail semua perempuan perempuan yang tampak menggiurkan untuk disantap atas katil katil hotel di seluruh bandaraya Kuala Lumpur.

Lelaki biasa yang tak pernah rasa superior dengan dirinya sendiri selalu gagal untuk dapatkan perempuan yang sifatnya sama seperti lelaki itu. Hari hari dia berharap justice will prevail.

Mamat playboy di atas juga mengharapkan perempuan bertudung comel yang masih lagi virgin untuk dijadikan isteri. Harapan la brader.

Karma jahat masih lagi menghantui semua orang yang rasa dirinya baik.

Potret Kejam itu hari hari tertawa. Mengenangkan kemenangan kejahatan di seluruh dunia.

Malaikat kiri dan kanan sibuk mencatat segala perilaku si polan untuk dipersembahkan kepada yang sangat agung. Tak pernah berehat. Tak pernah lagi berhenti melainkan seisi alam ini ditakdirkan untuk musnah dalam kejadian kiamat yang acap kali disebut sebut di bibir bibir manusia.

Semua orang mengeluh. Mengeluh atas segala musibah yang berlaku ke atas dirinya. Tak pernah sekali pun toleh kebelakang untuk muhasabah diri.

Kaya pun susah, miskin pun susah.

Bahagia tak pernah ditulis atas kertas kepala agong yang kau gunakan untuk beli kebahagiaan sementara. Yang nyata, itu semua kebendaan.

Kau boleh beli hati, tapi kau tak boleh beli perasaan.

Hedonisme menguasai akal yang cetek. Secetek kolam mandi kanak kanak di kondominium dan apartment berdekatan.

Kalau kau boleh berikan maksud setiap patah perkataan yang kau tuturkan, aku akan gelarkan kau super saiya.

Kejap lagi nak basuh baju. Banyak sangat baju kotor sampai tak tahu nak pakai ape lepas ni. Kalau malas hantar dobi. Kalau rajin basuh sendiri. *cek wallet untuk kepastian. Duit main peranan.
Bak kata setan dalam badan aku, “no money no food bro”.

Rambut belakang aku panjang, tapi aku bukan rempit. Bapak kau yang hari hari naik motor pergi kerja pun bukan rempit. Dia Cuma penunggang motosikal yang tak bersalah. Nak buat mullet, tak jadi. Rambut aku degil macam perangai aku. 

Ciao

5 comments:

maCy said...

terbaik entri kali ini ay ^^

Liyana Aziz said...

ha, ni no offense, betul2 punya realiti sekarang... paling annoying point pertama!

Anonymous said...

akceli nk bgtau rambot die pjg..tu je

d said...

Hell, let's date?

TheBentPencil said...

perempuan yang mendambakan lelaki metroseksual tetapi lelaki itu gay lalu mereka bertanya "mengapa ini terjadi!!!"


<<< just like my story, maybe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~