Monday, October 10, 2011

Filem Melayu

Memang. Gwa takkan tengok filem melayu dekat panggung wayang sebab gwa rasa tak berbaloi habiskan approx RM10 untuk beli tiket masuk ke panggung wayang untuk filem melayu. Gwa lagi rela habiskan RM10 tu beli popcorn caramel dengan air coke/pepsi lepastu cari seat kat luar untuk tengok preview lepastu balik. Tak sanggup gwa masuk wayang and tunggu 2 jam untuk habiskan air liur gwa menyumpah seranah. Bak kata serbanistas, buang masa je buat dosa kering. haha. dosa kering tu ape ntah. Macam kulit kering la kot gamaknye.

Tipu la kalau cakap semua filem melayu tak bagus, tapi memang banyak yang bangang bangang belaka pun. Yang betul betul up to par ada la dalam berapa belas filem yang betul2 berbaloi untuk ditonton. The rest? Not my taste and takde input langsung. Setakat masuk wayang, jadik bodoh kejap mengadap skrin, lepastu keluar tak dapat apa apa baik gwa beli buku, baca kat rumah, lepastu bayangkan sendiri scene scene yang ada dalam buku tu dalam kepala hotak gwa.

Lagi satu, filem filem melayu banyak rosakkan penggunaan bahasa melayu. Masing masing nak tiru ayat ayat goblok yang pelakon pelakon tu tuturkan. Cuba kau bayangkan budak umur 10 tahun borak macam ni dengan mak dia "Sial la mak" (adaptasi filem KL Gangster bila mamat aaron aziz tu selalu cakap "sial la Jai".)

Benda ni gwa nampak depan mata kot. Lu nak tujah apa lagi?

Ah, lantak la depa nak buat skrip macam mana pun. Kalau skrip semua nak skema je pun bosan jugak. Tapi at least, cuba la bagi cerita tu senonoh sikit plot plot dia. Takde la gwa stereotypekan semua filem melayu macam ni. Haih.

Ciao.

4 comments:

|| A r a W a n i || said...

stuju tnpa pksa!

Abang Zam said...

serius ke lu tak pergi tengok wayang utk tonton cerita melayu? serius?

fatinizzati said...

same. tak pernah tengok wayang melayu. download sudeh

maibrenhed said...

hellioz, berikan tajuk filem melayu yang pada pandangan kau, berkualiti. . .

Saja ingin tahu ! :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~