Monday, April 16, 2012

The Blame Game

Ah engkau, kutuk kutuk najib. At least dia tu Najib, perdana menteri malaysia, engkau tu siapa?

Meanwhile at the otherside of the la la land.

Ah engkau, kutuk kutuk Anwar. At least dia tu Anwar, ketua pembangkang, engkau tu siapa?

At least depa buat something, hampa semua buat apa?

Semua orang tengah cari jalan nak letak blame dekat orang lain. Semua orang nak berlagak innocent. Semua orang nak salahkan orang lain.

Berhutang salahkan ptptn, bank komersial, bank negara.
Bangsa kau tak maju salahkan umno.
CGPA kau macam haram salahkan lecturer
Miskin salahkan kerajaan
Tak kaya salahkan kapitalis

At least entiti entiti kat atas tu buat something, bukan macam kau, kerja nak whine macam kuda manjang.

Taknak ke salahkan diri sendiri sebab pemalas macam celaka sebab tu kau bodoh. nak ptptn free p la dapatkan cgpa 3.5 sana. Sah sah terus jadi biasiswa. Kau tau kan bangsa kau punya mentaliti macam mana? Pemalas, Buat kerja tak siap, kerja mengulor je. Tapi still nak salahkan orang lain. Orang suruh pergi kelas malas, suruh buat assignment last minute baru buat, result macam haram, suruh study p clubbing lah, dating lah, last last sijil kau tu lagi sayur dari sayur. Dah tau miskin rajin la sikit. Kau ingat orang kaya tu semua pemalas macam kau ke? Kau salahkan orang lain kau boleh jadi kaya ke?

Bila masa lah kau nak kerja keras n rasa bersyukur dengan apa yang ada.

Orang kalau dah ada semua benda, nanti dia akan cari satu benda lain untuk rasa tak bersyukur. Bagi proton saga nak ford fiesta. bagi ford fiesta nak rx8. Bagi rx8 nak porsche 911. bagi porsche 911 nak bentley.

Cuba kau berhenti kejap, nikmati apa yang ada kat sekeliling kau. Hargai apa yang kau ada. Kang dah takde baru nak menangis melalak merayu menyesal. Macam lahanat.

Aku tak kisah kau nak merungut, siapa tak merungut dalam dunia ni? Tapi kalau kau merungut memanjang, tapi tak pernahnye nak berusaha untuk kurangkan rungutan kau, ingat ada benda berubah ke? Ni memanjang merungut dapat apa?

Balik balik salahkan kapitalis la, itu la, ini la, tapi kau tak buat ape pun. Last last kau jugak yang merayu mintak simpati dekat kapitalis kapitalis tu tadi. Ni apa keldai punya perangai aku pun tak tau.

Cuba kau beli cermin besar besar, kalau miskin sangat p cari kertas a4 sehelai, tulis n fikir balik semua benda yang kau dah buat untuk dapat ape yang kau nak, cukup ke usaha kau untuk dapat semua benda yang kau nak tu? Dah keluar 100% effort belum?

Bila kau dah capai tahap rasa bersyukur tu, kau akan kurang merungut, kurang complain sana sini macam anjing menyalak depan cermin.

Kalau taknak jugak, kau memang suka ada dalam keadaan terdesak tu, kau selesa jadi miskin, kau selesa jadi bodoh, kau selesa jadi tukang complain 24/7. Memang tempat kau kat situ jelah. Orang lain makan kaviar, kau masih lagi ikat perut makan megi tiap hari.

hahahaha (hilang tension tak tengok aku gelak sorang sorang?)

ciao

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~