Monday, April 16, 2012

Study For Straight Ace? | Justified

Dulu mase aku kecik kecik, aku kena paksa belajar. Serius. Kena paksa. Kau bayangkan masa kecik kecik umur baru berapa tahun kat sekolah rendah kena paksa belajar. Tu baru kat sekolah, belum dekat tuition centre lagi. Masa tuition aku kena paksa hafal sifir. Kepala hotak kau la suruh hafal sifir, aku rasa otak aku macam kena cabul pulak sebab suruh hafal sifir. Aku dah la suka benda benda yang mengarut, menulis n sketching misalnya. Tak hafal sifir je sideburn aku kena tarik dengan cikgu tuition tu. PUKIMAK. kau faham tak kena tarik sideburn perasaan dia macam mana? Macam haram, sumpah sampai sekarang aku rasa macam nak bakar je rumah cikgu aku tu. Sakit, sumpah sakit. Kalau nak tau sakit ke tak, p suruh member hang yang takde sifat perikemanusiaan tarik sideburn hang, nanti hang rasa hot hot heat dia, merah muka beb. Aku dulu kureng sikit matematik ni, sebab aku suka english. Aku cenderung kat arts aku rasa. Benda benda otak belah kiri aku kurang sikit. Kiri ni banyak benda kira kira kan? Tak silap aku lah.

So, lepas kena torture physically n mentally, aku punya result pun kira, okay la. 4a1b. Masuk la sekolah menengah yang cam power sikit dekat tempat aku. Sekolah yang power sikit ni student dia tak ramai macam sekolah sekolah biasa. Kira kalau kau cakap kau sekolah kat situ orang pandang tinggi jugak la, walaupun kau tak tinggi. Sebab? Memang budak budak pandai je masuk situ. 4A ke atas memang selalu masuk situ la kalau tak dapat mrsm or sbp. Kalau kau 3A, ada kabel pun boleh masuk, standard lah main kabel kabel ni.

Masa kat sekolah menengah ni aku duduk sampai pmr je. Kat sini pun aku kena torture jugak. Lagi teruk.  Sane sini aku belajar. Kat sekolah jangan cerita la, lagi gilababi. Kau bayangkan sekolah dari pagi pukul 7 balik pukul 5 petang. Dah macam kerja ofis dah. Malam ada lagi. malam naik basikal pergi tuition. Aku dah macam ape dah struggle, ni semua kena paksa, ye, kena paksa. Nasib baik kat tuition ramai member satu kepala, takdehal sangat la. Tapi penat bodo. Malam sambung overtime pulak. Abeh kerja rumah berlambak tu bila pulak aku nak buat? Masa ni memang aku rasa macam, apebende sial mak bapak aku ni. Ingat aku ni robot ke kerja hari hari belajar.

Tapi tu semua sekejap je rasa, ni tak masuk lagi cerita pasal gaduh dengan cikgu math aku lagi, bapak aku dok bising bising lagi, tension beb. Dah la satu hari suntuk tu duit belanja aku seringgit je. Kau bayangkan miskin tak miskin aku masa tu. Rasa nak lari rumah ada, tapi masa tu aku dah boleh agak benda ni tak rasional and tak boleh bertahan lama. Walaupun aku pernah try lari kejap, lepak entah mana mana, tapi budak lagi, mana boleh tahan lama. Last last aku balik rumah jugak. Attempt2 lepastu aku lupakan, campak dalam tong sampah. Masa ni aku pasang niat nak belah dari sini, nak p tempat lain, nak berdikari kononya.

Hajat aku tuhan perkenan. Masa pmr aku dapat straight ace. 8A bai. Mase tu boleh la nak berlagak kehulu kehilir cakap dengan orang aku dapat 8A. Bangga la bodo, penat aku berusaha, ceyh, padahal kena paksa. Tapi kira aku berusaha jugak la nak dapat 8A sebab nak blah dari current condition masa tu. Siap naik pentas bagai dapat hadiah apebende tah, yang aku ingat dapat duit la. Bape sen tah, aku tak ingat.

Dapat je 8A, benda pertama yang aku target memang nak masuk mana mana boarding school. Boarding school la, nampak macam educated sikit. Memang melekat, aku tak banyak bunyi, aku jalan terus. Takde pandang belakang. Kalau pandang je muka cikgu math aku yang aku gaduh tu, dalam hati aku cakap, "babai celaka, aku nak belah dari sini, tak payah aku nak mengadap muka kau celaka". Marah betul aku. Ye la, kes dia takde la bende sangat, tapi dok sibuk nak besar besarkan. Macam gampang. Nyusahkan hidup aku je.

Sampai je boarding school tu, kira dah hidup sendiri kan. Semua aktiviti2 yang budak sekolah asrama buat memang aku buat la. Setakat fly tu kira macam rutin lah. Masa nak fly merangkak sebelah ular pun dah rasa, memang thrill habis, tapi fun. Kat sini aku paksa diri sendiri belajar, kalau tak kau bodoh sorang sorang. Gila apa, budak budak kat sini semua kepala hotak macam robot. Ade member aku baca buku sejarah tu dah lebih dari 5 kali dia khatam. Aku baca sekali sekala pun malas. Memang gila. Budak sbp memang gila. Yang perangai macam barua setan semua pun pandai, aku je rasa macam bodoh, sebab dah semua budak pandai pandai. Kalau setiap kali trial pun nama aku mesti kena cari dari bawah, dah jumpa aku cakap, "hmm, bagus. ada peningkatan", padahal naik berapa je pun dari the whole batch. Memang barua. Tapi disebabkan aku rasa macam loser je, aku belajar la jugak.

Result spm? Okay lah. Tengok tengok aku punya ranking SPM dengan the whole batch, aku dekat tengah tengah. PANDAI SIAL AKU! hahahahahahahahahahahahaaha. Yang dulu dok pandang rendah kat aku semua aku tak pandang dah. Result aku pun lagi tinggi dari skandal skandal skank aku.  HAHAHAHAHAHAHAH. aku lagi pandai dari kau la bodo.

Habis je spm aku duduk rumah, parents aku suruh buat stpm. kepala hotak. taknak aku masuk sekolah balik, gila tak cool. Lepas habis sekolah 17tahun nak gak aku merasa jadi budak university. Masa aku banyak aku habiskan dengan buat lagu, ye masa tu aku dah ada band. poyo poyo nak buat band sebab perasan suara sedap. Tapi tu cerita lain. Banyak sangat dah ni.

Pengajarannya?

Kau perasan tak macam mana aku kena paksa belajar dari kecik sampai la ni aku masih belajar lagi. Perasan tak macam mana mak bapak aku memang paksa pun aku dapat straight Ace. Memang, tu salah satu kayu pengukur kau punya kepala hotak tu berfungsi dengan betul ke tak.

Kalau aku tak kena paksa, aku tak boleh bangga dengan result aku yang cun tu. Aku tak jadi aku sekarang ni. Aku tak merasa duduk sbp. Aku tak merasa jadi budak university kalau result spm aku macam haram.

Memang mak bapak kau orang semua paksa kau dapat straight Ace. memang. Tapi benefit dia in the end dekat siapa? Dekat diri kau sendiri. Siapa yang senang bila nak dapat tempat dekat university, kau sendiri. Kau, bukan mak bapak kau. Mak bapak kau dah puas dah marah kau suruh belajar. Dorang suruh kau jadi pandai untuk diri sendiri, bukan untuk depa. Depa nak tinggalkan kita dengan knowledge, tak kisah la kau kena paksa ke apa. Kalau kau pandai, bukan ke kau yang senang?

Masa kecik kecik aku marah betul dengan makbapak aku. Tapi bila aku dah besar, dah berotak sikit, aku rasa bersyukur betul ada mak bapak macam makbapak aku. Kalau depa tak paksa aku belajar aku rasa aku jadi mat pet je sial sekarang ni. Hidup takde pedoman.

Kau nampak tak kenapa mak bapak kau suruh kau dapat straight Ace dekat sekolah? Nampak tak kesan dia kat diri sendiri? nampak tak impact dia dekat siapa?

Sekarang ni aku tanya kau, salah ke mak bapak kau suruh kau dapat straight A dekat sekolah? Salah ke mak bapak kau suruh kau belajar pandai pandai supaya kau jadi pandai?

Ibu aku kadang kadang dia baca blog ni, tu pasal aku restrict sikit nak publish nonsensical items kat sini. hahahahahaha. Kalau ibu baca, Thanks mom. Cakap dengan ayah terima kasih banyak banyak sebab paksa belajar dulu. Ngahahahahahahahaha.

Bila dah besar baru kau rasa bersyukur sebab kena paksa belajar. Mak bapak kau, dorang tau ape yang terbaik untuk kau. Selagi mana boleh ikut, ikut la. Dorang hidup lagi lama dari kau. Jangan dok pertikai sangat kalau mak bapak nak anak dapat straight A je. Memang nampak macam keputusan tu je depa nak tengok, tapi inside out kau tak tau. Kau tak tau ape yang depa sebenarnya dok fikir untuk kebajikan hang. Jangan dok lagak sangat, respect tu letak tinggi sikit nah.

Ciao

5 comments:

naniee said...

haha betul la siot,,budak sbp kepale otak mcam robot even pangai macam dajal,,,aish aq macam senasib dgan kau,

NZ. said...

Mak bapak sekarang ni bukan je patut kena paksa anak dapat straight a's.Patutnya paksa anak diorang belajar sampai dapat first degree.Jadi tak payah susah susah rebel nak mansuh ptptn.memang banganglah kalau rebel padahal dulu malas belajar habis study pun cgpa takat 2.5

anyway,stpm bukanlah teruk sangat sebab masuk sekolah balik.aku baru habis stpm dan aku rasa awesome dari scene budak-budak dip uitm yang rata-rata(tak semua la) ada otak tapi bangang nak berfikir.

Hikaru Yui said...

sbp ke? sekolah mana?

intan.maisarah said...

Terima kasih kepada kedua ibubapa sy yg juga paksa sy belajar.

Miss Hamilicious said...

nice gila entri ni !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~