Saturday, February 25, 2012

Premium Rollah Coastah


I don't know if i'm lucky or not but i knew this girl who realized that she's a bimbo but will/might/would/could question what bimbo is. I'm not saying this shit by an assumption neither by my own judgment, but its her confession all along. Life, you've gotta be kidding me. Are you happy now?

Wednesday, February 15, 2012

Bread and Butter

Setiap hari dalam masa yang singkat harga barang naik macam lelaki kena rangsang dengan perempuan perempuan bogel setiap masa dekat tepi jalan.

Tepung campur gula campur garam campur mentega campur susu campur air campur keringat yang menguli pun dah naik harga. Memang patut la kita semua kena makan roti canai sebulan sekali. Itu kuantiti ideal yang salah seorang manusia terdekat aku cakap. Aku percaya sebab dia memang kerja dalam bidang kesihatan. Mungkin, mungkin satu hari nanti ada statistik yang menunjukkan warga malaysia obes sebab hari hari makan roti canai sampai pecah urat saraf sebab tak mampu nak menampung lemak lemak yang gagal dinyahtinjakan oleh badan yang tak efisien dengan kehidupan seharian yang terbukti tak produktif.

Ada penganalisis politik kata bread and butter bukan masalah orang orang bandar. Tapi aku berpendapat sebaliknya. Orang bandar (urban) lah manusia yang paling terjejas dengan kenaikan setiap harga barang yang berlaku setiap saat berlalu. Manusia habiskan hampir 50% gaji yang diterima untuk makan. Orang bandar sekali makan habis RM10. Tu baru sekali makan. Cuba kalau dia makan breakfast, lunch, afternoon tea, dinner, n supper. Tak ke habis kira kira RM35 setiap hari hanya untuk makan? Tu anggaran kasar. Aku tak cukup masa and kepakaran nak buat statistik statistik bombastik yang mampu buatkan siapa siapa beliakkan bijik mata.

35 darab 30 = RM1050.
Kepala bana apa? Minimum wages pun tak sampai seribu. Tu baru makan. Belum cerita pasal kereta, minyak, pakaian branded, rumah, anak bini (kalau ada), hiburan, alcohol, dadah, peruntukan untuk berfoya foya, main snooker & pool, hobi, main golf, etc etc.

Memang patut lah gaji RM3000 tu dikira miskin tegar kat malaysia untuk warga warga urban. Acap kali harga barang naik takde warning. Tapi gaji segan segan nak naik selalu. Kalau minyak naik pun dapat lah depa semua isi minyak sampai meletup tank untuk kali terakhir, sebab kalau minyak naik harga, satu malaysia kecoh. Lagi kecoh dari berita Bik mama habiskan duit rakyat beli barang barang keperluan dan kemahuan dia.

Ni aku nak bagitau satu benda yang sepatutnya semua orang tau. Tax tu semua orang bayar. Jangan ingat income tax je sumber tax yang kerajaan dapat untuk tampung perbendaharaan negara. Tu hah makan kat kfc mcd palancau semua tu kena 6% tax. Kalau aku habiskan RM100, buta buta je aku derma RM6 untuk tax. Jangan ungkal sangat nak ikut cakap diri sendiri je, tau la awak tu dah tua, tapi jangan ingat semua orang tua tau semua benda.

Mungkin sebab tu jugak politik matang tak berlaku kat malaysia bilamana kerajaan malaysia masih lagi mengekalkan pemerintahan separa kuku besi bagi mengelakkan kebangkitan rakyat yang sekian lamanya dimomok-momokkan dengan "Malaysia aman, takde masalah, harmoni, lu chillax je bro" yang hari hari confirm gedegang telinga lu dengar.

Pemerintahan sedia ada masih lagi mengamalkan corak pemerintahan British pada suatu masa dahulu dimana resident resident yang berkuasa mengawal pentadbiran tidak melatih atau membimbing orang tempatan untuk turut serta mentadbir negara. Atas alasan? Nanti kalau orang malaya sudah pandai, depa naik kepala, nak merdeka lah, nak itulah, nak inilah. So far itu yang aku nampak sebab interaksi antara pemimpin dengan pengundi pengundi masih lagi ditahap, entahlah, jujur aku cakap aku sendiri tak pernah jumpa ahli parlimen or adun kawasan aku. Macam mana depa nak tau ape yang tengah bermain main dalam kepala hotak aku? Takkan aku kena join pemuda umno, pemuda pas, pemuda pkr, or pemuda dap untuk bagi depa a piece of my mind? Aku tak bersedia lagi untuk jadi taksub macam tu.

Dah start nak masuk politik dah pulak. Malas aku nak tulis lebih lebih. Tak pasal pasal aku kena cop barua parti itu parti ini. Aku lagi rela kena cop barua diri sendiri sebab kalau aku tak buat semua untuk diri sendiri, siapa nak buatkan untuk diri sendiri?

Kesimpulannya, tulisan kali ni takde kesimpulan, pandai pandai lu orang lah nak simpul simpulkan apa apa yang patut.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~