Monday, January 21, 2013

Tentang Lagu lagu Mendatar Yang Diulang-ulang Untuk Kesekian Kalinya di Radio


Aku bukan komposer mahupun penyanyi yang famous menerusi undian undian popular. Lagu yang sedap tak semestinya famous. Kadang kadang lagu tak sedap pun radio mainkan, sebab penyanyi dia famous. Benda benda ni semua memang subjektif. Telinga kau bukan telinga aku. Tapi kita boleh nampak trending dia kat Malaysia. Penyanyi penyanyi yang menyanyi dengan suara mendatar pun boleh famous, tahu? Aku sendiri tak pasti kenapa lagu yang dinyanyikan secara mendatar ni boleh famous. Ada banyak sebab. Aku try list sebab sebab dia kat bawah lah.

1. Mungkin sebab artis kat malaysia ni dah takde pelopor. Semua stock menang sebab famous. Suara tak lunak mana pun, tapi dia famous. Macam penyanyi penyanyi yang famous menerusi youtube. Boleh kira dengan jari mamat mamat n minah minah yang famous menerusi AF yang masih lagi 'famous' sampai sekarang. Depa discontinued AF sebab penerbit pun tau orang bosan, rating makin lama makin tunduk ke bumi. Sekarang pun depa buat benda yang sama. Maharaja lawak sampai muntah. Entah sampai berapa banyak episod/tournament depa nk buat entah. Mungkin sampai penerbit pun rasa nak muntah dengan lawak lawak pelawak ni. Benda sama akan jadi kat maharajalawak ni. Sama macam AF. Sama ja modus operandi.

2. Sebab radio dah tak tau nak main lagu apa. Dok main lagu sama ja sekali setiap 2 jam. Lagu yang tak sedap pun kau boleh sing along bila radio dok main ulang ulang sampai muntah.

3. Penyanyi kat malaysia tak kreatif. Semua tunggu nak kena suap lirik sampai pakaian. Cubalah bawak bawak jadi experimental sikit buat lagu sendiri, rhyme sendiri. Ni tak. Balik balik lirik dengan rhyme orang yang sama buat dari 20 tahun lepas sampai la ni. Betul jugak la. Semua pakai formula yang sama. Memang la lagu macam mana kreatif pun, still, komposer sama penulis lirik orang yang sama. Tak boleh lari jauh.

4. Aku dah tak kenal dah siapa siapa penyanyi baru yang betul betul boleh menyanyi. Mungkin sebab aku jenis dont give a fuck dengan industri celah ni kat Malaysia, but still, lagu kat radio masih lagi ulang lagu lagu dengan suara mendatar dok ulang ulang lirik yang sama lima namploh kali sampai habis. Pukimak jadah haram apa. Memang jangan harap la aku nak dengar radio bahasa melayu. Racist jugak aku ni kadang kadang.

5. Aku nak ulang point 1 kat atas, bila dah takde pelapis, rakyat malaysia cari alternative lagu yang boleh sing along. Mendatar pun mendatar lah janji depa boleh layan. Kalau tanya budak budak hipster memang jangan harap la depa nak layan. Mainstream sangat. Dok kena puja sana sini sebab lagu depa dok kena ulang ulang dekat radio. Sedap pun tak jugak.

6. Sekarang radio bukan lagi main source untuk lagu lagu baru. Kuasa memilih untuk buatkan apa apa famous/viral sikit sikit beralih ke new media. Internet n such. Memang patut la lagu mendatar boleh famous. haha. bodoh.

Ah, pegi mampos lah. Bukan aku dengar radio sangat pun. Aku rela main playlist aku tigapuluhribujuta kali daripada dengar penyanyi penyanyi suara mendatar menyanyi dengan suara mendatarnya. fucker. Sakit telinga aku.

Ciao

*maybe our community's taste in music is deteriorating (progressively worse).



4 comments:

eyla_kbaharin said...

sebab tu lah aku malas nak dengaq lagu melayu... buat lagu tido je lagu-lagu tu semua !

Hikaru Yui said...

yuna boleh tahan lah kan?

Hellioz said...

@eyla_kbaharin

haha, yeah
Kalau tido dengar lagu mcm tu, esok mesti bangun mimpi nightmare.
haha

@hikaru yiu
ada gak lagu dia yg layan.
tengok taste orang lah.

ururu said...

aku bukak hot.fm bukan sebab nak dengar lagu. tapi aku rasa dj hot.fm paling aku boleh layan antara sume dj radio.
lagu2 sume tak best. ya tuhan. tapi fucknye lagu mendatar nih adelah lagu derang nih catchy.. dah tu asik ulang lagu tu je. biar la tak sedap mane pun. aku pun ikut terhapal.
pagi2 pegi keje. aku dengar radio. tapi balik keje. aku pasang iPod je. dengar playlist aku yg 40juta kali gande lagi best dari lagu2 meleis.

lagu yuna yg menang AJL baru2 nih adelah paling sucks pernah aku dengar. cemane la orang boleh suke? aku tak paham. yuna tuh dari youtube sampai la sekarang.. melodi ke, tune ke hape.. sameeee je lagu dia. tak pernah berubah. yg berubah hanye lirik dia je. sucks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TnC

Every content of this blog may be MY perspectives generally. BTW, i am not trying to pick a fight with any body, just havin some fun for the sake of Laughter.... PLUS, i need your Brain to read this blog. I dont need your brainless head to interpret my perspectives. more? words inside this blog is not suitable in formal occasion, so, take note. There are more fictions than facts in this blog, don't believe the author too much or u'll have headache for the rest of your life... Gyahahahahah~